mengatasi masalah elektrik rumah trip berulang kali
assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera semua..harini saya nak share serba sedikit asas untuk mengatasi suply rumah trip (blackout) walaupun ELCB pada db board telah dinaikkan(ON) berulang kali, namun tetap trip semula BERIKUT GAMBAR ELCB ,MCB & MAIN SWITCH jika berlaku perkara sebegini pada waktu tengah malam buta mesti rumit kan??? jadi korang tak perlu risau..korang hanya perlu lakukan seberapa perkara seperti dibawah...tapi sebelum lakukan kerja ini pastikan tangan anda kering ye.. bukan kering macamni yang saya maksudkan ye..hehe berikut adalah langkah² mengatasi & mengenal pasti punca masalah: 1. korang offkan (TURUNKAN) KESEMUA MCB pada DB board seperti dalam gambar 2.dalam keadaan mcb kesemuanya sudah off..Korang ON semula ELCB sahaja (biarkan selama 10 saat) 3.on kan satu shj mcb (ikot korang lah nak start dari mcb belah mana) hehe *jika mcb yang pertama (MCB A)korang dah on & ok tiada masalah..maknanya mcb berikut bukan punca trip ...