mengatasi masalah elektrik rumah trip berulang kali

assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera semua..harini saya nak share serba sedikit asas untuk mengatasi suply rumah trip (blackout) walaupun ELCB pada db board telah dinaikkan(ON) berulang kali, namun tetap trip semula

BERIKUT GAMBAR ELCB ,MCB & MAIN SWITCH

 jika berlaku perkara sebegini pada waktu tengah malam buta mesti rumit kan??? jadi korang tak perlu risau..korang hanya perlu lakukan seberapa perkara seperti dibawah...tapi sebelum lakukan kerja ini pastikan tangan anda kering ye..

bukan kering macamni yang saya maksudkan ye..hehe

berikut adalah langkah² mengatasi & mengenal  pasti punca masalah: 

1. korang offkan (TURUNKAN) KESEMUA MCB pada DB board seperti dalam gambar



2.dalam keadaan mcb kesemuanya sudah off..Korang ON semula ELCB  sahaja 
(biarkan selama 10 saat)


3.on kan satu shj mcb (ikot korang lah nak start dari mcb belah mana) hehe
*jika mcb yang pertama (MCB A)korang dah on & ok tiada masalah..maknanya mcb berikut bukan punca trip tersebut..& biar shj mcb tu on..

4.korang on pula mcb yang seterusnya (B) dan buat perkara yang sama,
*jika masih tiada masalah, korang biarkan juga ia dalam keadaan on, korang on lagi mcb yang seterusnya,sama sahaja seperti A

5.korang on pulak mcb yang seterusnya (MCB C) & tiba² trip pada ELCB (seperti masalah asal) 
*korang turunkan balik MCB C & korang on kan kembali ELCB ..*jadi line MCB C lah punca satu rumah korang trip..
jadi korang off shj dlu mcb yang problem tadi...keesokan hari korang boleh lah contact mana² kontraktor elektrik untuk settlekan  masalah korang...

sekian terima kasih

sebarang pertanyaan boleh terus contact saya 

kinzlam enterprise

0163145021-lukman

email:kinzlament@gmail.com

IG :kinzlam_ent

FB : kinzlam enterprise

Comments

  1. Dalam keadaan biasa..tiada guruh...hujan..tiba2 elcb trip..kadang2 ok..apa masalahnya

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

kipas anda perlahan??? letak no 5 pon tetap perlahan??

PENDAWAIAN LAMPU TIANG JALAN